Salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pad ahari ini ialah “Utamakan Barang-barang Tempatan”.
Para hadirin yang dihormati,
Barang-barang tempatan ialah barang-barang keluaran yang berasal daripada negara kita sendiri. Negara kita telah menghasilkan pelbagai jenis barangan tempatan seperti kereta, kasut, baju dan sebagainya yang menjadi kebanggaan kita.
Barang-barang tempatan juga bermutu seperti barangan import, tetapi harganya jauh lebih murah dari barangan import. Sebagai contohnya, kasut import yang mencecah RM100 boleh bertahan selama 3 tahun, tetapi kasut tempatan yang hanya berharga RM50 juga boleh bertahan selama 3 tahun. Barangan tempatan yang bermutu dan murah sangat berbaloi untuk dibeli.
Selain itu, membeli barangan tempatan juga dapat menggelakkan pengaliran wang ke luar negara. Jika kita membeli barangan tempatan, ini akan menguntungkan negara kita dan seterusnya juga memanfaatkan diri kita sendiri.
Kita dapat merangsang pertumbuhan industri tempatan secara tidak langsung dengan membeli barangan tempatan. Jika industri tempatan berkembang dengan pesat, ini akan membawa keuntungan kepada negara dan juga memajukan negara kita. Sekiranya negara kita maju, tahap kehidupan kita juga akan meningkat.
Pembelian barangan tempatan juga dapat menambahkan peluang pekerjaan. Peluang pekerjaan juga berkaitan dengan pertumbuhan industri tempatan. Sekiranya industri tempatan berkembang dengan pesat, maka wujudlah lebih banyak peluang pekerjaan. Ini secara tidak langsung telah mengatasi masalah pengangguran di negara kita.
Sebelum saya mengundur diri, saya menegaskan bahawa kita tidak patut mengagung-agungkan barangan import. Sebagai seorang rakyat Malaysia, tunjukkanlah kesetiaanmu kepada negara dengan membeli barang tempatan.